Imtiaz Marang 
dibuka tahun depan

 

Imtiaz Marang 
dibuka tahun depan

A. LATIFF AWANG (dua dari kiri) bersama penerima anugerah terbaik

KUALA TERENGGANU 4 Nov. – Rangkaian Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu (SMIYT) yang menjadi salah satu simbol ke­cemerlangan pendidikan ne­geri ini akan mencakupi kesemua daerah apabila SMIYT Marang mula boperasi tahun depan.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Tek­nologi dan Transfor­masi nege­ri, A. Latiff Awang berkata, pengambilan pe­lajar iaitu kumpulan pe­­rintis dijangka dibuat pada Februari ini.

Beliau memberitahu, bu­at sementara waktu, ia akan beroperasi di bangunan Se­ko­lah Menengah Kebangsaan Wakaf Tapai manakala kuarters guru akan diubah suai sebagai asrama.

“Kerajaan negeri kini da­lam proses rundingan de­ngan Kementerian Pendi­dikan bagi menggunakan premis sekolah tersebut.

“Kerajaan negeri yakin ia tidak menjadi masalah dan Yayasan Terengganu telah bersedia untuk mewujudkan SMIYT Marang,” ujar­nya.

Beliau menyatakan demikian kepada Utusan Malaysia selepas majlis Graduasi dan Anugerah Hafazan SMIYT 2016 di sini, baru-baru ini.

Yang turut hadir, Pengarah Yayasan Terengganu, Mohamad Sulong.

Katanya, buat permulaan kerajaan negeri akan memperuntukkan sebanyak RM2 juta untuk pengurusan dan pentadbiran sekolah berke­naan bagi tahun pertama penubuhannya.

Menurut beliau, kerajaan negeri bercadang untuk membina bangunan SMIYT Marang di Kampung Padang Muchong di tapak seluas 10 hektar.

Pada masa ini, Yayasan Terengganu mempunyai tu­juh sekolah menengah Imtiaz dengan seramai 2,300 pelajar daripada ting­katan satu hingga tingkatan lima.

“Pada sesi tahun depan, dijangka seramai 600 pertambahan pelajar akan dapat dilakukan dan ditempatkan di sekolah-sekolah imtiaz berkenaan,” ujar beliau.

Sementara itu, dalam majlis tersebut, seramai 365 pelajar tingkatan lima menerima sijil masing-masing dan 276 pelajar yang hafaz 30 juzuk turut dianugerahkan wang tunai RM1,000 setiap seorang.

Muhammad Faris Mohammad Rafee dari SMIYT Kuala Terengganu dan Husna Mardhiyyah Mohd. Fauzi dari SMIYT Kemaman turut menerima Anugerah Khas Ulul Albab

PrintEmail