Permohonan Program Saintis Islam Terengganu 2017

 Screenshot 20161117 090421

Kerajaan Negeri Terengganu dalam usaha untuk melahirkan golongan Saintis Islam yang hafiz 30 juzuk Al-Quran bagi mendalami ilmu-ilmu Islam termasuk penerokaan bidang Aero Angkasa, Kejuruteraan & Perubatan yang akan menjadi perintis kepada lahirnya Saintis Islam terulung bertaraf dunia dalam perkembangan Ketamadunan Islam Terengganu.

Bagi merealisasikan hasrat ini, Kerajaan Negeri Terengganu telah bersetuju untuk memberi penajaan biasiswa sepenuhnya kepada pelajar yang terpilih dan berkelayakan bagi melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda, Sarjana, doktor Falsafah (Phd) dan seterusnya berkhidmat di Terengganu.

Permohonan ini terbuka kepada semua anak negeri Terengganu yang berminat serta mempunyai sahsiah yang baik, kemahiran insaniah (softskill), fasih berkomunikasi Bahasa Inggeris dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan sebagaimana berikut:

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN :

  1. Pemohon mestilah Warganegara Malaysia.
  2. Lulus Peperiksaan *Percubaan SPM 2016 dengan mendapat sekurang-kurangnya 8A dalam Aliran Sains Tulen. Keutamaan yang mendapat A+ mata pelajaran Biologi, Fizik, Kimia Dan Matematik Tambahan.
  3. Telah menghafal 30 juzuk Al-Quran.
  4. Pemohon merupakan Anak Terengganu.
    1. Bapa atau / dan ibu lahir di Terengganu ATAU
    2. Ibu bapa telah bermastautin di Terengganu terus menerus tidak kurang dari 10 tahun dan mempunyai niat serta bukti-bukti yang menunjukkan akan tinggal tetap di Terengganu.
  5. Lulus Ujian Temuduga.

Klik --> Borang Permohonan Program Saintis Islam Terengganu 2017

Permohonan hendaklah dihantar kepada :

Pengarah 

Yayasan Terengganu

Bangunan Yayasan

Jalan Sultan Ismail, 20200 Kuala Terengganu

Tel: 09-6221733 Faks: 09-6232944

( u.p : Bahagian Pengurusan Imtiaz )

Tarikh Tutup Permohonan : 04 Disember 2016

Catatan :

  1. Para Pelajar yang lulus program pencarian Saintis Islam Terengganu layak untuk dipertimbangkan penajaan dibawah Skim Saintis Islam Terengganu.
  2. Tertakluk kepada Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia 2016 yang sebenar dengan KEUTAMAAN mendapat 8A+.

 

PrintEmail