Pengambilan Tingkatan 1 SM Imtiaz Yayasan Terengganu 2018

Banner Iklan Tingkatan 1 2018

 Yayasan Terengganu telah bersetuju untuk menetapkan syarat baharu dengan syarat UPSR minimum 4A 2B (6A, 5A1B  & 4A2B) sahaja yang layak memohon. KELONGGARAN ini hanya diberikan kepada RAKYAT TERENGGANU sahaja. Walau bagaimana pun, keputusan panggilan temuduga dan tawaran kemasukan tertakluk kepada keputusan UPSR dan temuduga yang tertinggi.
 
HANYA CALON YANG BERKELAYAKAN DAN MEMOHON SECARA ONLINE SAHAJA
AKAN DIPANGGIL TEMUDUGA. 
 
TARIKH TUTUP PERMOHONAN ADALAH  03 DISEMBER 2017
SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH IMTIAZ YAYASAN TERENGGANU :
1.Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu – Besut
2.Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu – Kuala Berang
3.Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu – Kuala Terengganu
4.Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu – Kuala Nerus
5.Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu – Setiu
6.Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu – Marang
 
SYARAT-SYARAT KEMASUKAN :
 
1.Mendapat minimum 4A 2B dalam UPSR 2017.
2.Pemohon mestilah warganegara Malaysia rakyat Terengganu:
•ibu atau/dan bapa lahir di Terengganu; ATAU
•ibubapa telah bermastautin di Terengganu terus-menerus tidak kurang dari 10 tahun dan mempunyai niat serta bukti-bukti yang menunjukkan akan tinggal tetap di Terengganu.
3.Lulus dalam sesi temuduga yang merangkumi ujian hafazan, personaliti dan jawi.
4.Lulus pemeriksaan kesihatan oleh doktor yang bertauliah, sihat tubuh badan dan bebas daripada sebarang penyakit kronik, penyakit lelah atau penyakit berjangkit.
5.Bersetuju menerima SMIYT yang ditawarkan – penempatan pelajar berdasarkan kekosongan yang ada dan ditetapkan oleh pengurusan Yayasan Terengganu. 
6.Bersetuju mematuhi sepenuhnya semua peraturan dan arahan SMIYT yang berkaitan.
 
Semakan permohonan, panggilan temuduga dan surat tawaran boleh dibuat dari semasa ke semasa melalui laman web berkenaan. Pihak pengurusan juga berhak menolak permohonan ini sekiranya didapati tidak memenuhi syarat-syarat sebagaimana di atas.
 

Borang Permohonan               ---> PERMOHONAN DITUTUP

Semakan (Masukkan No KP) ---> SEMAKAN 

 

PERINGATAN !!!

HANYA CALON YANG BERKELAYAKAN

DAN MEMOHON SECARA ONLINE SAHAJA

AKAN DIPANGGIL TEMUDUGA.

 

PrintEmail