PERMOHONAN PENGAMBILAN MURID AL-SYAHADAH AL-ULYA ULUL ALBAB DI SEKOLAH AGAMA KPM AMBILAN TAHUN 2019

IKLAN PENGAMBILAN MURID AL-SYAHADAH AL-ULYA ULUL ALBAB

DI SEKOLAH AGAMA KPM AMBILAN TAHUN 2019

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa Murid Lepasan Tingkatan Tiga (3) Tahun 2018 yang menduduki Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) untuk memohon mengikuti program yang ditawarkan bagi ambilan Januari 2019 seperti berikut:

1.     KETERANGAN

1.1. Al-Syahadah al-Ulya Ulul Albab merupakan penggabungan Kurikulum Kebangsaan aliran tahfiz sains dalam Kurikulum Bersepadu Tahfiz dan kitab turath untuk murid tahfiz terpilih di peringkat menengah atas.

1.2. Murid yang terpilih mengikuti al-Syahadah al-Ulya Ulul Albab ini dicadangkan laluan pengajiannya untuk tempoh 12 tahun daripada peringkat menengah atas sehingga peringkat Kedoktoran (PhD) (jika mendapat tajaan).

1.3. Matlamat pakej mata pelajaran al-Syahadah al-Ulya Ulul Albab diperkenalkan adalah untuk memberi nilai tambah penguasaan ilmu tahfiz dan turath kepada murid Tingkatan 4 dan 5 aliran tahfiz sains.

1.4. Pelaksanaannya adalah bagi memantap dan memperkasa KBT dalam arus perdana ke arah melahirkan murid-murid yang seimbang dan cemerlang dalam mata pelajaran berasaskan naqli dan ‘aqli serta ilmu turath untuk menyediakan generasi ulama pelapis dan cendekiawan Islam mengikut acuan Malaysia yang menghayati konsep Maqasid Syariah.

2.     SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

Calon-calon hendaklah:

2.1. Warganegara Malaysia yang berumur tidak melebihi 16 tahun pada 1 Januari sesi persekolahan tahun 2019;

2.2. Lulus ujian Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) dan mendapat
sekurang-kurangnya 6A termasuk mata pelajaran Bahasa Melayu, Matematik, Sains, Pendidikan Islam/ Usul al-Din/al-Syariah dan Bahasa Arab/al-Lughah al-Arabiah al-Muasirah;

2.3. Telah menghafaz al-Quran sekurang-kurangnya 20 juzuk dan mendapat perakuan daripada pihak sekolah;

2.4. Melalui proses temu duga dengan mengambil kira pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah, Pentaksiran Psikometrik dan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kesihatan;

2.5. Bersetuju mengikuti program ini sehingga tamat tingkatan 5.

3.CARA MENGEMUKAKAN PERMOHONAN

3.1. Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam
talian dengan melayari laman sesawang 
https://my01.awfatech.com/imtiaz2/sps/alsyahadah/reg.php mulai 01 Disember 2018.

3.2. Calon yang didapati memberi maklumat
salah/tidak benar/manipulasi maklumat dalam borang permohonan akan diambil tindakan dengan menarik balik surat tawaran kemasukan. Maklumat ini juga akan disemak secara terperinci pada hari pendaftaran murid.

4.MAKLUMAN DAN PERHATIAN

4.1. Maklumat berkaitan status permohonan yang berjaya dipanggil temu duga akan dimaklumkan melalui laman sesawang https://my01.awfatech.com/imtiaz2/sps/alsyahadah/statusreg.php pada 28 Disember 2018.

4.2. Calon yang berjaya dalam temuduga al-Syahadah al-Ulya Ulul Albab boleh menyemak keputusan temuduga melalui laman sesawang https://my01.awfatech.com/imtiaz2/sps/alsyahadah/statusreg.php pada 17 Januari 2019.

5.TARIKH TUTUP PERMOHONAN

17 Disember 2018 (Isnin)

Jam : 12.00 Malam   

6.ALAMAT BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM, KPM

Sila hubungi alamat berikut sekiranya ada sebarang pertanyaan berkaitan permohonan :    

BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

ARAS BAWAH & 2

NO 2251, JALAN USAHAWAN 1,

63000 CYBERJAYA

SELANGOR DARUL EHSAN

(u.p : Sektor Kemajuan Sekolah Agama)

No. Telefon        : 03-8321 7336

E-mel                  : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

YAYASAN TERENGGANU

BANGUNAN YAYASAN

JALAN SULTAN ISMAIL

20200 KUALA TERENGGANU

TERENGGANU DARUL IMAN

(u.p : Bahagian Pengurusan Imtiaz )

No. Telefon        : 09-622 1733

            E-mel                  : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

PrintEmail