Permohonan Program Saintis Islam Terengganu 2019

PERMOHONAN PROGRAM SAINTIS ISLAM TERENGGANU TAHUN 2019

Bagi memartabatkan kegemilangan Islam di Terengganu, Kerajaan Negeri melalui Yayasan Terengganu dengan kerjasama Universiti Malaysia Terengganu dan Pusat Sains & Kreativiti Terengganu mempelawa calon-calon yang berminat untuk mengikuti Program Pencarian Saintis Islam Terengganu 2019.  Program ini bertujuan melahirkan Saintis Islam yang hafiz 30 juzuk Al-Quran, mendalami ilmu-ilmu Islam dan pakar dalam  bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM).

Bagi merealisasikan hasrat ini,  Kerajaan Negeri Terengganu telah bersetuju untuk memberi penajaan biasiswa sepenuhnya kepada pelajar yang terpilih dan berkelayakan bagi melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda, Sarjana, Doktor Falsafah (Phd) dan seterusnya berkhidmat di Terengganu.

Permohonan ini terbuka kepada semua anak negeri Terengganu yang berminat serta mempunyai sahsiah yang baik, kemahiran insaniah (softskill), fasih berkomunikasi Bahasa Inggeris dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan sebagaimana berikut:

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

  1. Pemohon mestilah Warganegara
  2. Lulus Peperiksaan *Percubaan SPM 2018 dengan mendapat sekurang-kurangnya 8A dalam Aliran Sains Tulen.
  3. Telah menghafal 30 juzuk Al-Quran.
  4. Pemohon merupakan Anak  Terengganu.
    • Bapa atau/dan Ibu lahir di Terengganu ATAU
    • Ibu bapa telah bermastautin di Terengganu terus menerus tidak kurang dari 10 tahun dan mempunyai niat serta bukti-bukti yang menunjukkan akan tinggal tetap di Terengganu.
  5. Lulus Ujian Temuduga.
  6. Lulus Program Pencarian Saintis Islam Terengganu

Permohonan  boleh dibuat melalui muat turut borang di laman sesawang www.myimtiaz.com.my atau www.yt.gov.my atau boleh didapati di Pejabat Yayasan Terengganu dan dihantar kepada alamat sebagaimana dibawah :

Pengarah
Yayasan Terengganu
Bangunan Yayasan
Jalan Sultan Ismail, 20200 Kuala Terengganu
Tel: 09-6221733 Faks: 09-6232944
( u.p : Bahagian Pengurusan Imtiaz )

TARIKH TUTUP PERMOHONAN  PADA  24 disember 2018

 
  • Tertakluk kepada keputusan Sijil Pelajaran Malaysia 2018 yang sebenar dengan KEUTAMAAN mendapat 8A+.

TERENGGANU MAJU BERKAT SEJAHTERA

 

 

KLIK -- > BORANG SAINTIS ISLAM TERENGGANU TAHUN 2019

PrintEmail